Usah menunjuk-nunjuk pada penyamun di media sosial

Iklan
Kunci untuk mengelakkan kerugian dan trauma yang ditimbulkan akibat kehilangan barangan berharga ini sebenarnya adalah pencegahan. Gambar hiasan

TERBAHARU tular laporan rumah seorang usahawan makanan yang juga pempengaruh media sosial di utara tanah air dirompak sehingga mengakibatkan kerugian bernilai RM800,000.

Wanita pemilik perniagaan itu mendedahkan perkara tersebut di platform media sosial selepas 40 hari kejadian peti besi seberat 200 kilogram mengandungi barang kemas miliknya dilarikan penyamun yang memecah masuk kediaman ketika dia keluar berniaga.

Iklan
Iklan

Kejadian itu berlaku kurang dua bulan selepas kediaman seorang lagi usahawan atau influencer sensasi yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur dipecah masuk dengan anggaran kerugian RM3.5 juta.

Peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai RM3 juta dilarikan bersama beberapa buah beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas.

Iklan

Menurut polis, modus operandi kumpulan yang aktif di Selangor, Kelantan dan ibu kota itu menyasarkan mangsa dalam kalangan ahli perniagaan dan pempengaruh media sosial.

Kejadian ini diharapkan dapat dijadikan iktibar bukan hanya kepada usahawan atau influencer namun juga kepada masyarakat di luar sana supaya tidak terlalu berkongsi berkaitan kemewahan hidup di media sosial.

Iklan

Kunci untuk mengelakkan kerugian dan trauma yang ditimbulkan akibat kehilangan barangan berharga ini sebenarnya adalah pencegahan.

Sebelum kita menjadi mangsa, adalah penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai. Antaranya termasuklah memasang sistem keselamatan seperti sistem penggera dan kamera litar tertutup (CCTV), selain memasang lampu luaran yang terang bagi mengurangkan risiko berlaku kejadian seperti ini.

Walau secanggih mana pun teknologi keselamatan yang melindungi kediaman, tindakan pencegahan paling awal yang boleh dilakukan adalah dengan menunjuk-nunjuk di media sosial sehingga menarik perhatian penjenayah yang sentiasa memantau aktiviti dalam talian.

Kita tidak akan pernah tahu siapa dalam kalangan pengikut kita di media sosial atas nama ‘rakan’ yang mungkin bertukar menjadi musuh dalam selimut.

Memanglah media sosial adalah medium untuk kita berkongsi, tapi kongsilah perihal yang bermanfaat bukannya tunjuk harta dan barang kemas!