Lima tip untuk novelis baharu
Iklan
PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) telah berlangsung dengan jayanya. Ia berjaya menarik lebih 1.5 juta pengunjung dan kejayaan buat pemain industri buku yang sentiasa membarakan PBAKL sebagai sebuah acara hebat. Peminat buku nampaknya masih tegar memilih buku fizikal sebagai teman.
Penulis-penulis swaterbit sudah mula berkolaborasi dalam memasarkan buku mereka. Maka, lahirlah syarikat-syarikat kecil dan syarikat kecil itu pula sudah semakin besar. Penulis baharu semakin bertambah.