Hierro pengarah sukan baharu Al-Nassr

Iklan
Hierro (kanan) kini pengarah sukan Al-Nassr.

BEKAS kapten Real Madrid dan Sepanyol, Fernando Hierro dilantik pengarah sukan baharu Al-Nassr, kata kelab Liga Pro Saudi itu.

"Hierro mempunyai pengalaman sukan yang luas," kata Al-Nassr dalam satu kenyataan ketika mengesahkan pelantikan tersebut.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Hierro, yang bekerja sebagai pengarah sukan di Malaga (LaLiga), Guadalajara (Mexico) dan pasukan kebangsaan Sepanyol, mengakui teruja menjadi sebahagian projek kelab berkenaan.

Hierro terkenal dengan kerjaya bermainnya di Real Madrid, apabila memenangi kejuaraan Sepanyol (lima kali) dan Liga Juara-Juara (tiga kali).

Iklan

Dia juga pernah bermain untuk Bolton Wanderers (Liga Perdana Inggeris), Real Valladolid (LaLiga) dan kelab Qatar, Al Rayyan.

Media sebelum ini melaporkan Cristiano Ronaldo memujuk pengurusan Al-Nassr untuk menandatangani bekas rakan sepasukannya tersebut.

Iklan

Al-Nassr, yang menandatangani Ronaldo tahun lalu, menamatkan musim Liga Pro Saudi kedua, 14 mata di belakang juara Al-Hilal.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!