Mbappe tidak gembira di PSG

Iklan
Mbappe. Foto AFP

PENYERANG Real Madrid, Kylian Mbappe mengakui ada beberapa perkara dan segelintir individu membuatkannya tidak gembira di Paris Saint-Germain sebelum dia menandatangani perjanjian lima tahun dengan kelab Sepanyol itu.

Mbappe akan menyertai juara La Liga itu untuk musim depan selepas menghabiskan tujuh kempen Ligue 1 di ibu negara Perancis itu.

Iklan
Iklan

Semasa lawatan PSG ke Jepun dan Korea Selatan musim panas lalu, pengurusan kelab itu mengancam untuk tidak membenarkan Mbappe daripada bermain selepas dia memberitahu merancang untuk meninggalkan Parc des Princes tahun ini.

"Saya diberitahu perkara itu dan saya dimaklumkan secara kasar.Di PSG saya tidak gembira, itu akan memberikan kesan kepada saya," katanya.

Iklan

Mbappe meninggalkan PSG pada penghujung musim selepas menjulang kejuaraan Ligue 1 dan Piala Perancis di bawah jurulatih Sepanyol, Luis Enrique dan penasihat Luis Campos, yang juga pernah bekerja di bawahnya ketika bermain untuk Monaco.

Di sebalik kejayaan domestik, dia gagal membimbing kelab kampung halamannya merangkul mahkota Liga Juara-Juara, cita-cita utama PSG milik Qatar dan presiden mereka Nasser al-Khelaifi.

Iklan

"Orang yang menyelamatkan saya ialah Luis Enrique dan Luis Campos. Tanpa mereka saya tidak akan menjejakkan kaki di padang lagi," katanya.

Madrid mengumumkan ketibaan Mbappe dua hari sebelum perlawanan Les Bleus menentang Luxembourg di bandar utara Perancis Metz, perlawanan kedua terakhir mereka menjelang perlawanan pembukaan Euro 2024 menentang Austria pada 17 Jun.

"Saya mempunyai tanggungjawab sebagai kapten. Saya rasa ia membayangi pasukan kebangsaan.

"Saya hanya akan menjawab soalan mengenai pasukan kebangsaan, saya ingin melindungi mereka.

"Kami mempunyai musim panas yang penting di hadapan kami,” tambah pemenang Piala Dunia 2018 itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!