Modus operandi penjualan alat mainan seks terbongkar

Iklan
Norlela (tiga dari kanan) menunjukkan alat mainan seks yang dirampas JKDM dalam satu serbuan di sebuah gudang logistik di Shah Alam, Selangor pada 20 Mei lalu.

KELANA JAYA - Taktik kegiatan penyeludupan mengikrar alat mainan seks sebagai permainan kanak-kanak terbongkar apabila barangan bernilai RM2.04 juta itu dirampas dalam serbuan di sebuah gudang logistik di Shah Alam, Selangor pada 20 Mei lalu.

Barangan tersebut diklasifikasikan sebagai barang larangan mutlak di bawah Jadual Pertama, Butiran Kelima, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Iklan
Iklan

Penolong Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Norlela Ismail berkata, pihaknya berjaya menghidu kegiatan tersebut menerusi risikan pegawai.

Beliau berkata, dalam serbuan jam 1 petang itu, pasukan serbuan berjaya menemukan sejumlah dagangan yang disyaki alat mainan seks pelbagai jenis berjumlah 11,220 unit.

Iklan

Menurut beliau, terdapat lebih 10 jenis alat mainan seks yang dirampas dalam serbuan tersebut.

"Modus operandi dilakukan adalah membuat ikrar palsu dalam Borang Kastam 1 sebagai mainan kanak-kanak.

Iklan

"Barang dagangan terlarang itu dibawa ke gudang logistik untuk disimpan dan seterusnya dijual secara pukal kepada pemborong tempatan.

"Dipercayai penjualan alat mainan seks ini turut dilakukan secara dalam talian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM Zon Tengah Unit 1 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) pada Selasa.

Mengulas lanjut, Norlela berkata, rampasan alat mainan seks tersebut merupakan yang terbesar sejak tahun lalu.

Katanya, pada tahun lalu terdapat satu rampasan melibatkan barangan dagangan seumpama itu yang dengan anggaran kurang daripada RM50,000.

Tambah beliau, dalam serbuan terbaharu itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 60 tahun yang dipercayai sebagai penyelia gudang.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan dalang utama dan mengesan syarikat atau ejen pengimport yang terlibat.

"Gudang ini juga dipercayai telah aktif sejak tiga tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Norlela berkata, satu operasi khas iaitu Ops Publika membabitkan kes barangan kontraban dilakukan JKDM sepanjang 13 hingga 24 Mei lalu.

Menurutnya, nilai rampasan bagi Ops Publika berjumlah RM3.5 juta, manakala nilai cukai serta duti melibatkan barangan rampasan berjumlah RM1.8 juta.

"Sebanyak 41 serbuan telah dijalankan dalam Ops Publika dan 27 kertas siasatan telah dibuka melibatkan tangkapan berjumlah 17 orang yang disyaki," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!