Pegawai penguat kuasa direman salah guna kedudukan

Iklan
Suspek diiring pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah bagi permohonan reman.

SEREMBAN - Seorang pegawai penguat kuasa direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki salah guna kedudukan bagi mempengaruhi syarikat-syarikat pengangkutan untuk melantik syarikat miliknya sebagai konsultan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 39 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Fairuz Syuhada Amran di Mahkamah Majistret Sivil pada Rabu selepas permohonan reman dibuat.

Iklan
Iklan

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki itu telah ditahan pada Selasa jam 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

"Dia ditahan kerana disyaki mempengaruhi syarikat-syarikat pengangkutan sekitar Negeri Sembilan yang memerlukan khidmat latihan dan kursus untuk melantik syarikat miliknya sendiri sebagai konsultan.

Iklan

"Ia bagi bagi mendapatkan lesen perdagangan dan kesalahan itu dilakukan sekitar tahun 2020 hingga 2023," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!