Aktif sukan larian sejak lapan tahun lepas, Airulmi Mokhtar tidak menyangka beliau kini memiliki lebih 300 pasang kasut larian pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan mencecah RM65,000.
Airulmi, 47, menyifatkan koleksi kasut yang berharga serendah RM50 hingga ribuan ringgit itu adalah 'hasil usahanya' membuat ulasan visual (review) serta berkongsi pandangan di YouTube, yang dilakukannya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang ramai.
Perkongsian dalam Bahasa Melayu itu, menurut beliau juga bertujuan membantu orang ramai khususnya mereka yang memiliki hobi sama mendapatkan pandangan supaya tidak mengulangi kesilapannya membeli kasut yang tidak sesuai akibat kurang bahan rujukan semasa mula aktif dalam aktiviti fizikal itu.