Dipukul pengiring VIP: 12 individu dirakam keterangan

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Juruiring kenamaan, mangsa serta pekerja hotel antara 12 individu yang dipanggil untuk dirakam keterangan berkaitan kes melibatkan pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal peribadi rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel baru-baru ini.

Selain itu, turut dipanggil anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), rakan mangsa, doktor dan pengarah operasi syarikat e-hailing terlibat.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas pendakwaan berkaitan siasatan kes berkenaan telah dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

"Mangsa dalam kes ini telah menarik laporan polis bagaimanapun sambungan rakaman percakapan dijalankan mendapati pemandu e-hailing berkenaan masih berminat dan ingin meneruskan kes terbabit," katanya pada Rabu.

Iklan

Jelasnya lagi, semakan dijalankan turut mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod kesalahan.

Dalam pada itu, orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu terbabit.

Iklan

Pada Rabu media melaporkan, pemandu kenderaan e-hailing terbabit mendakwa dipukul seorang pengiring kenamaan di lobi sebuah hotel di ibu negara pada Selasa telah menarik balik laporannya pada hari yang sama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, individu berkenaan, yang juga OKU telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama.

Susulan itu pada Jumaat, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh kejadian itu dan mahu tindakan undang-undang diambil demi memberi keadilan kepada mangsa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!