413 mangsa maut, 191 masih hilang di laut - Maritim Malaysia

Iklan
Mohd Ardi

KLANG - Seramai 413 mangsa maut manakala 191 lagi direkodkan masih hilang dalam insiden jatuh laut bagi tempoh Januari 2020 hingga April tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencara Ibu Pejabat Maritim Putrajaya, Komander Maritim Mohd Ardi Mat Nawi berkata, berdasarkan tempoh itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan 1,091 kes dengan 6,732 mangsa terlibat dalam insiden itu.

Iklan
Iklan

"Bermula tahun 2021, Maritim Malaysia telah menetapkan tarikh 6 Jun sebagai Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) bagi mempertingkatkan kesedaran masyarakat agar memastikan keselamatan diri ketika berada di laut sama ada untuk mencari rezeki atau riadah.

"Tema tahun ini ialah 'berapung untuk hidup' kerana berapung ini merupakan teknik survival yang terpenting bagi seseorang ketika kecemasan di laut," katanya.

Iklan
Program Cabaran Berapung Untuk Hidup dianjurkan Maritim Malaysia yang diseliakan Bintara Kanan Maritim Mohd Azaha Ariffin di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Klang pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas Program Cabaran Berapung Untuk Hidup di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) di sini pada Rabu.

Agensi media tempatan turut terlibat dalam cabaran berkenaan.

Iklan

Mengulas lanjut Mohd Ardi berkata, persediaan rapi perlu dilakukan orang ramai bagi menghindarkan diri terlibat sebarang kemungkinan terutamanya insiden kecemasan di laut seperti lemas atau hilang.

Jelasnya, pemilik vesel atau bot sama ada untuk aktiviti riadah dan mencari rezeki disaran untuk mempunyai peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan serta Personal Locator Beacon (PLB) yang berasaskan satelit.

"Berdasarkan analisis Maritim Malaysia, kemahiran terapung di laut sangat penting bagi elak jumlah kehilangan nyawa di laut meningkat.

"Kempen kesedaran ini juga diharap dapat memupuk semua lapisan masyarakat agar rekod kemalangan di laut yang mengakibatkan kehilangan nyawa dapat ditangani kerana satu nyawa itu sangat berharga," ujarnya.

Tegasnya, Maritim Malaysia akan terus memastikan penguatkuasaan undang-undang dipatuhi selain sentiasa berada dalam siap siaga di setiap maritim negeri dan zon maritim bagi membolehkan aset dan anggota digerakkan bila-bila masa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!