Malaysia teroka kerjasama pengeluaran ubi kayu dengan Jepun

Iklan
Johari (lapan dari kiri) bersama kakitangan Pusat Penyelidikan Sains Pertanian Antarabangsa Jepun (JIRCAS) untuk meneroka kerjasama erat antara Jepun dan Malaysia dalam bidang keterjaminan makanan.

SHAH ALAM - Malaysia meneroka ruang kerjasama dengan Jepun mengenai pengeluaran ubi kayu sebagai makanan tambahan untuk menangani isu kekurangan beras.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pertemuan itu penting bagi meningkatkan pertanian di Malaysia dan mencadangkan alternatif karbohidrat sebagai sumber utama makanan.

Iklan
Iklan

"Peluang ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar rakyat Malaysia dan ASEAN dapat meningkatkan pertanian di samping memberi alternatif karbohidrat sebagai makanan harian.

"Kita mahu pemakanan yang lebih baik untuk rakyat dan perlu membangunkan sistem pengeluaran makanan lebih mampan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Pada 6 April lalu, Johari mencadangkan sumber karbohidrat seperti ubi kayu dijadikan sebagai alternatif sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) dapat diselesaikan di negara ini.

Beliau berkata, rakyat perlu melakukan perubahan dengan tidak hanya bergantung kepada nasi sebagai sumber utama karbohidrat.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Johari, Malaysia dan cabaran-cabaran untuk memastikan bekalan makanan yang stabil untuk rantau ASEAN.

Tambah beliau, ia juga bagi membasmi masalah kelaparan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

"Saya mengalu-alukan kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Jepun untuk mencipta teknologi serta pengetahuan baharu akan membawa kepada peningkatan pengeluaran padi di rantau Asia Tenggara.

"Kita perlukan teknologi pengeluaran makanan yang anjal menggunakan sumber terhad seperti air dan nutrien secara berkesan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!