PERSIAPAN... Izyan Farhana, 29, menadah air ke dalam baldi sebagai persediaan gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset.
Air Selangor ingin mengingatkan para pengguna mengenai pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1). Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor bermula jam 9:00 pagi, 5 Jun 2024 (Rabu). Kerja-kerja ini dijangka akan siap pada jam 7:00 malam, 5 Jun 2024 (Rabu). Para pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula pada 3:00 pagi, 6 Jun 2024 (Khamis) setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.