Bekas kakitangan disiasat SPRM: Tidak ada rombakan AKSB

Iklan
Wisma AKSB di Kota Bharu. Gambar kecil: Dr Izani

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tidak bercadang untuk melakukan rombakan pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) meskipun terdapat bekas pegawai kanan agensi itu disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Exco Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin, berkata, isu berkenaan bersifat spesifik dan hanya melibatkan pihak-pihak yang disiasat sahaja.

Iklan
Iklan

"Berkait dengan SPRM tu kerajaan negeri ini konsisten, yang salah tetap salah.

"Tentang rombakan AKSB pula isu tersebut adalah spesifik dan tidak boleh dikaitkan dengan semua staf namun kami berusaha untuk mengubah budaya kerja di agensi berkenaan,” katanya pada Persidangan Kali Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 bagi Tahun 2024, di Kompleks Darulnaim, di sini, pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim (Barisan Nasional).

Sebelum ini akhbar melaporkan SPRM menahan empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan AKSB bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan telaga jejari yang tidak berfungsi.

Iklan

Dr Izani berkata, selepas migrasi dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), AKSB tidak mempunyai banyak kuasa melaksanakan projek bekalan air di Kelantan sebaliknya hanya merancang program atau projek manakala keputusan dibuat oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Operasi dan plan yang dirancang oleh AKSB akan dimajukan kepada SPAN untuk diteliti dan diluluskan sebelum diserah kepada PAAB bagi lantikan kontraktor serta perlaksanaan projek.

"Semua kena faham bahawa AKSB atau kerajaan negeri tiada kuasa dalam menentukan program air di negeri Kelantan,” ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!