Muat naik kandungan lucah, kerajaan panjangkan pandangan tegas kepada platform X

Iklan
Fahmi Fadzil - Foto: Bernama
PUTRAJAYA - Kerajaan akan memanjangkan pandangan tegas mengenai dasar negara kepada penyedia platform laman sosial X yang didakwa telah mengubah terma perkhidmatannya secara rasmi dengan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu sememangnya melanggar undang-undang Malaysia dan tidak dibenarkan.

"Insya-ALLAH, kita akan panjangkan pandangan tegas kerajaan, dasar negara kita kepada pihak X.

"Saya percaya (Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Datuk Mohd Ali (Hanafiah Mohd Yunus) akan sampaikan untuk pastikan semua platform, bukan hanya X, faham bahawa beberapa perkara termasuk judi dalam talian, bahan lucah dan juga perkara yang tidak dibenarkan berdasarkan undang-undang negara kita dipatuhi platform-platform ini termasuk yang sedang berlaku di X," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Sebelum itu, media melaporkan aplikasi X secara rasmi membenarkan penggunanya memuat naik kandungan dewasa.

AKAN MENYUSUL