Kerja-kerja penyenggaraan, penggantian aset LRA SSP1 siap 63.1 peratus

Iklan
Pengguna di tujuh daerah disaran simpan bekalan air sepanjang kerja-kerja penambahbaikan aset Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 pada Rabu bermula jam 9 pagi.- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) sudah 63.1 peratus siap setakat jam 3 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan segala kerja yang dijalankan ketika ini mengikut jadual yang ditetapkan dan dijangka siap pada 7 malam ini.

Iklan
Iklan

"Para pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula 3 pagi, Khamis setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

"Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka mencapai kira-kira 20 peratus pada 3 petang, Khamis diikuti dengan 90 peratus pada 3 pagi, Jumaat,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Dalam kenyataan sama, Air Selangor turut memaklumkan waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat dianggarkan pukul 12 tengah hari, Jumaat.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Iklan

"Air Selangor telah menggerakkan lori-lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

"Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari masa ke masa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/ atau saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor melalui talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!