UTM catat nama dalam MBOR, sampai syarahan 24 jam tanpa henti

Iklan
Zaini (empat dari kanan) menerima sijil MBOR daripada Konsultan Kanan The MBOR Sdn Bhd, Siti Hajar Johor (tiga dari kiri) pada Rabu.

JOHOR BARU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) untuk penyampaian syarahan paling lama.

Dekan FKM, Prof Madya Dr Zaini Ahmad berkata, seramai 60 pensyarah menyampaikan syarahan kejuruteraan mekanikal secara berganti-ganti selama 24 jam bermula 9 pagi Selasa dan berakhir 9 pagi Rabu.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, sempena hari terbuka fakulti ini serta pameran (MODE) 2024 kali ini, kami berjaya mencatatkan nama dalam MBOR menerusi syarahan tanpa henti ini.

"Syarahan ini yang juga distrim secara langsung dalam talian, turut berjaya menarik tontonan dari luar negara.

Iklan

"Walaupun berbeza dari segi masa namun berdasarkan kajian yang kita buat sekurang-kurangnya 1,000 tontonan berjaya dicatat dari negara-negara seperti Amerika Syarikat (AS), Jerman, Mesir dan Indonesia,” katanya.

Sementara itu, Zaini turut kagum dengan semangat kesemua pensyarah yang terlibat kerana mampu meneruskan sesi syarahan biarpun terpaksa dilakukan pada awal pagi lantaran perbezaan waktu di beberapa buah negara.

Iklan

"Walaupun syarahan ini berlangsung pada waktu awal pagi, atau lewat malam tetapi ia berjaya mengekalkan jumlah penonton.

"Secara tak langsung ia menjadi salah satu cara untuk kita memperkenalkan UTM serta pensyarah-pensyarah kita,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!