Lelaki larikan barang kemas dipenjara 12 bulan

Iklan
Tangkap layar video tular yang memaparkan perbuatan suspek.

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki dihukum penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah mencuri barang kemas di sebuah kedai emas di Bandar Perda di sini pada 31 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, suspek berusia 30-an itu ditangkap di Sungai Petani pada hari yang sama selepas tidak sampai empat jam melakukan jenayah berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis juga berjaya mendapatkan semula barang kemas yang dicuri oleh suspek.

"Hasil semakan rekod mendapati lelaki berkenaan mempunyai tiga rekod jenayah lampau termasuk satu berkaitan kesalahan dadah.

Iklan

"Suspek telah dituduh di mahkamah pada Rabu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan mengaku salah serta menerima hukuman penjara 12 bulan dari tarikh dia ditangkap," katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu.

Sebelum ini, tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan suspek melarikan barang kemas selepas berpura-pura menjadi pelanggan dan mahu membeli emas.

Iklan

Kejadian terbabit berlaku pada 31 Mei lalu kira-kira jam 11.53 pagi.

Dalam klip video berdurasi dua minit itu, suspek yang memakai kopiah hitam dan pelitup muka menunjukkan kepada penjual barang kemas yang ingin dibeli.

Bagaimanapun ketika penjual sedang membuat kira-kira, suspek bertindak mengambil barang kemas yang diletakkan di atas kaunter sebelum melarikan diri.

Kelihatan beberapa pekerja kedai cuba mengejar suspek, namun lelaki itu berjaya meloloskan diri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!