'Kehilangan permata negara' - Farid Kamil

Iklan
FARID KAMIL

AKTOR dan pengarah, Farid Kamil menyifatkan pemergian Allahyarham Pyanhabib sebagai satu kehilangan permata negara.

Menurut Farid atau Farid Kamil Zahari, hubungannya dengan Allahyarham mula akrab sejak membintangi filem Apokalips X pada 2014.

Iklan
Iklan

"Kami mula mengenali sejak terlibat dalam filem Apokalips X apabila saya membawa watak X dan dia sebagai Pendeta X.

"Walaupun beliau orang lama, beliau seorang yang merendah diri dan ceria. Sikapnya itu membuatkan orang di sekeliling berasa senang dan selesa,” katanya ketika ditemui selepas selesai majlis pengebumian Pyanhabib di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat.

Iklan

Ketika jenazah dikebumikan, Farid dilihat bersama beberapa individu membantu menyempurnakan pusara Allahyarham.

Tambah aktor berusia 43 tahun itu, kali terakhir dia bertemu dengan arwah sekitar tiga tahun lalu.

Iklan

"Saya ada pertemu dengan beliau tiga tahun lalu. Macam biasa setiap kali berjumpa beliau suka memberikan buku atau hasil penulisannya.

"Kadangkala pertemuan itu ringkas saja. Biarpun ringkas, tetapi tetap memberi kenangan yang bermakna buat saya,” jelasnya.

Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di AU4 Keramat, pada Selasa.

Allahyarham meninggal dunia seminggu selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-66.

Jenazah dimandikan di Masjid As-Sobirin di Lembah Keramat, Ampang pada jam 10 pagi, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 pada jam 11.30 pagi Rabu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!