UMS beri peringatan mahasiswa tidak sertai perhimpunan bantah isu bekalan air

Iklan
Dr Kasim

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengingatkan mahasiswa dan orang supaya tidak menyertai perhimpunan bagi membantah isu bekalan air yang dihadapi institusi pengajian berkenaan pada 14 Jun ini.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, pihaknya tidak pernah menyokong sebarang usaha oleh mana-mana kumpulan pelajar universiti yang mahu mengadakan perhimpunan di tempat awam bagi sebarang kempen atau protes terhadap isu air mahupun apa-apa jua isu semasa tempatan.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau meminta agar kumpulan pelajar berkenaan menghentikan kempen dan usaha untuk menganjurkan perhimpunan berkenaan bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap ketenteraman awam.

"Universiti percaya sebarang isu boleh disuarakan mengikut prosedur dan saluran yang betul, dan tidak mengambil tindakan secara membuta tuli,” katanya.

Iklan
Tangkap layar Facebook Suara Mahasiswa UMS

Beliau berkata demikian dalam kenyataan susulan satu Kempen Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah dijadual pada 14 Jun di hadapan Menara Kinabalu di sini dilancarkan melalui laman Facebook Suara Mahasiswa UMS baru-baru ini.

Kasim berkata, tindakan kumpulan pelajar yang cuba mengajak pelajar-pelajar universiti serta orang awam untuk turun bersama ke perhimpunan tersebut yang bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan terhadap ketenteraman awam, malah turut akan menjejaskan imej universiti.

Iklan

"Siswa-siswi juga disarankan agar tidak terikut-ikut untuk menyertai perhimpunan mahupun aktiviti yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, tiada keperluan untuk pelajar UMS mengadakan demonstrasi berkaitan isu air kerana isu tersebut sentiasa diikuti rapat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud yang kerap mengadakan lawatan ke UMS bagi meninjau perkembangan terhadap kemajuan projek berkaitan bekalan air dalam usaha memastikan bekalan air dapat disalurkan secukupnya di dalam kampus UMS.

"UMS juga sedia maklum bahawa pihak kerajaan negeri juga telah melakukan yang terbaik untuk menangani bekalan air khususnya di kawasan UMS dan persekitarannya," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!