Polis buru Mohd Fared disyaki guna gelaran 'Datuk Seri' palsu

Iklan
Muhamad Zaki (tengah) ketika menjawab pertanyaan pemberita ketika ditemui sempena Program Townhall Ketua Polis Kelantan 2024 di Politeknik Jeli hari ini. - Foto: Bernama

JELI - [DIKEMAS KINI] Polis memburu seorang lelaki disyaki menyalahgunakan darjah kebesaran ‘Datuk Seri’ palsu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohd Fared Abdul Ghani berusia 56 tahun.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang pengadu yang melihat rakaman YouTube bahawa lelaki yang menggunakan gelaran itu telah mengeluarkan kenyataan berhubung penggantungan dua ahli Persatuan Tinju Kelantan menerusi saluran televisyen tempatan.

"Justeru, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan lelaki itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan menerusi talian 09-7455 622 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media selepas Program TownHall Ketua Polis Kelantan 2024 di Politeknik Jeli di sini hari ini.

Iklan

Dalam kes lain, Muhammad Zaki berkata polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki memberi gelaran 'Datuk' kepada lelaki warga Bangladesh di sebuah kediaman di Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur, pada Isnin lepas berkaitan kes tular warga asing menerima gelaran 'Datuk' daripada Istana Kelantan.

Beliau berkata, satu laporan polis dibuat pada 28 Mei lepas berhubung isu itu apabila pengadu melihat video tular menerusi YouTube memaparkan warga Bangladesh itu telah menerima gelaran berkenaan.

"Dalam rakaman video memperlihatkan lelaki warga Bangladesh itu lengkap berbaju Melayu dan bersamping menerima watikah anugerah itu berserta mempunyai keris panglima.

"Pihak Istana Kelantan tidak pernah mengurniakan apa-apa darjah kebesaran kepada individu-individu yang ada dalam video berkenaan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, lelaki berusia 47 tahun itu kini direman hingga esok untuk siasatan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!