Arif Aiman sudah kembali berlatih

Iklan
Arif Aiman

BINTANG muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sudah kembali ke padang selepas mengalami kecederaan beberapa minggu yang lalu.

Ia dikongsikan laman media sosial JDT, yang memaparkan video Arif Aiman menjalani latihan ringan yang juga sebahagian proses rehabilitasi atau pemulihan.

Iklan
Iklan

Dia juga sempat melambai dan tersenyum pada penghujung video tersebut menandakan segalanya cukup positif untuk dia kembali bermain.

Sebelum ini, Arif Aiman dilaporkan mengalami kecederaan buku lali sehingga terlepas dua perlawanan Liga Super bersama JDT selain turut terlepas aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bersama Harimau Malaya.

Iklan

Skuad negara akan berdepan Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek pada Khamis sebelum melayan kunjungan Taiwan pada perlawanan terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun.

Malaysia memerlukan kemenangan dalam dua aksi terakhir itu sekiranya berhajat untuk mara ke pusingan 18 terbaik kelayakan Piala Dunia dan layak secara merit ke Piala Asia.

Iklan

Kehilangan Arif Aiman dan beberapa pemain utama lain seperti Faisal Halim, Romel Morales, Syafiq Ahmad, Darren Lok dan Ahmad Syihan Hazmi yang mengalami kecederaan nyata memberikan tamparan hebat kepada skuad kendalian Kim Pan-gon itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!