Kes intai bawah skirt wanita di MRT meningkat di Singapura

Iklan
Pengumuman mengenai pencabulan dan mengambil gambar bawah skirt dibuat di semua stesen MRT pada waktu puncak sejak April untuk mencegah pelaku. - Agensi

SINGAPURA - Pengumuman tentang insiden pencabulan dan mengambil gambar bawah skirt wanita kini dihebahkan di kesemua stesen perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) bagi mencegah kejadian berkenaan susulan peningkatan kes itu sejak beberapa tahun lalu.

Menurut jurucakap pihak berkuasa, pengumuman itu diharap dapat meningkatkan kesedaran penumpang terhadap kesalahan tersebut dan menghalang pelaku daripada melakukan perkara sedemikian secara berleluasa.

Iklan
Iklan

Pengumuman yang dibuat dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil, menarik perhatian penumpang serta turut menjadi topik utama perbincangan di media sosial.

Menurut Laporan Jenayah Tahunan 2023, kes mengintai naik dari 424 kes pada 2022 kepada 476 kes pada tahun lalu.

Iklan

Rangkaian pengangkutan awam merupakan salah satu daripada tiga lokasi utama di mana kes mengintai sering berlaku, dengan 56 kes dilaporkan pada 2023 berbanding 55 pada 2022.

Dua lagi lokasi adalah di premis perumahan (151 kes pada 2023), dan kawasan beli-belah (84 kes pada 2023).

Iklan

Laporan tersebut menyatakan bahawa polis sedang bekerjasama dengan pihak berkepentingan dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran awam bagi mencegah kejadian seumpama itu.

Sejak Februari lalu, mesej awam yang memberi peringatan tentang kesalahan mengintai juga dipamerkan di tangga bergerak stesen MRT tertentu.

Di bawah undang-undang negara itu, kesalahan mencabul boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan pesalah juga boleh didenda atau dirotan atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan mengintai pula termasuk mengambil gambar dan video bawah skirt, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda atau dirotan atau kedua-duanya sekali. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!