Polis siasat pemandu e-hailing hina Islam, Malaysia

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat video tular membabitkan seorang pemandu e-hailing didakwa mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan Malaysia kepada pelancong asing, yang videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang peniaga berusia 49 tahun yang melihat video tersebut di aplikasi TikTok semasa berada di rumahnya di Kempas Baharu, Johor Bahru, pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Lelaki itu mendakwa video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok ‘Samisma_News & AATV Rakyat News’ memaparkan seorang pemandu e-hailing didakwa menghina agama Islam.

"Hasil siasatan mendapati video terbabit dimuat naik kira-kira 7 malam, Selasa dengan mengeluarkan kenyataan sensitif," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Razarudin berkata, semakan akan dibuat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan butiran pemilik akaun dan mengenal pasti pemandu e-hailing itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Iklan

Pada Selasa, media melaporkan berdasarkan video tular yang berdurasi lebih dua minit, lelaki itu mendakwa tidak adil baginya kerana rakyat agama lain diminta untuk mengikut peraturan-peraturan agama Islam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!