IPOH - Seorang kakitangan bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak bagi membantu siasatan kes menerima sogokan berjumlah RM141,700.
Lelaki berusia 40-an itu ditahan semasa hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perak di sini sekitar jam 4 petang pada Rabu.