WALAUPUN peluang tidak menyebelahi pasukan Harimau Malaya apabila berdepan Kyrgyzstan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 namun ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon menaruh keyakinan untuk mencipta kejutan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek, malam esok.
Pengendali dari Korea Selatan itu sedar berdepan tugas sukar menghadapi pasukan di ranking 100 dunia di hadapan penyokong mereka sendiri tanpa beberapa pemain penting tetapi perlawanan kedua kumpulan D itu akan menjadi ujian mencabar untuk anak buhannya membuktikan kualiti sebenar.
Bagaimanapun, pakar taktik berusia 55 tahun itu berkata pasukannya, yang menduduki ranking ke-138 dunia, bersedia sepenuhnya untuk mencabar pasukan tuan rumah untuk tiga mata dan muncul antara 18 pasukan teratas dalam pusingan kelayakan.
"Ini perlawanan penentuan buat kedua-dua pasukan untuk layak ke pusingan seterusnya. Semua keadaan tidak menyebelahi kami namun itu bukan halangan kerana kami ada semangat, keinginan dan impian untuk melangkah lebih jauh.
"Kami sedar Kyrgyzstan telah merekrut pemain baharu dengan kualiti yang baik, yang menjadikan pasukan itu lebih baik dari segi teknikal dan aspek taktikal.
"Kami juga mempunyai beberapa pemain baharu dan melakukan persiapan yang baik. Semoga kami dapat memberikan permainan yang bagus dan mencari keputusan terbaik juntuk rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media praperlawanan di Bishkek hari ini.
Audio sidang media itu diperoleh menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Harimau Malaya berada di kedudukan ketiga Kumpulan D dengan mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan sebelum ini selain tewas dua aksi berdepan Oman.
Kyrgyzstan yang berkongsi sembilan mata bersama Oman menghuni dua tangga teratas dengan kedua-dua pasukan itu memerlukan kemenangan untuk mengesahkan tempat ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026 dan layak ke Piala Asia 2027.
Harimau Malaya bertandang ke Bishkek tanpa beberapa tonggak susulan kecederaan temasuk dua pemain sayap Faisal Halim dan Arif Aiman Mohd Hanapi, penyerang Darren Lok, Muhammad Syafiq Ahmad, dan Romel Morales selain penjaga gol utama Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Sementara itu, kapten Harimau Malaya, Dion Cools berkata, dia dan rakan sepasukannya sudah bersedia menghadapi misi hidup mati esok dan berharap untuk memperoleh kemenangan yang kukuh.
Katanya, dia percaya dan yakin dengan skuad kali ini bersama-sama beberapa pemain baharu mampu meraih keputusan terbaik.
Selepas menamatkan aksi di Bishkek, skuad negara akan pulang bagi perlawanan keenam berdepan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun.
Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selain meraih slot automatik ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi. - Bernama