Kerja selenggara, ganti aset LRA SSP1 siap sepenuhnya

Iklan
Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset Air Selangor di LRA SSP 1 mula dilaksanakan pada Rabu.

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah siap dilaksanakan jam 7 malam pada Rabu.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 3 pagi Khamis sebaik sistem agihan utama bekalan air distabilkan.

Iklan
Iklan

Menurut Air Selangor, peratusan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas dijangka mencapai sekitar 20 peratus pada jam 3 petang, Khamis dan mencapai 90 peratus pada jam 3 pagi Jumaat.

"Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 12 tengah hari Jumaat," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Iklan

Sinar Harian pada 27 Mei lalu melaporkan, Air Selangor menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di LRA SSP1 berikutan peralatan itu telah digunakan sejak tahun 1990 lagi.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, kerja-kerja utama membabitkan penggantian itu perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan impak lebih besar pada operasi LRA SSP 1 pada masa depan.

Air Selangor memaklumkan, perlaksanaan kerja-kerja tersebut akan membabitkan pengguna di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!