Tiga warga emas jadi mangsa tipu tawaran kerja tak wujud

Iklan
Ramli

KUALA LUMPUR - Polis terima tiga laporan mangsa warga emas yang terpedaya dengan sindiket tawar kerja tidak wujud babit kerugian RM269,237.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sindiket itu dikesan mula menyebarkan mesej 'job for senior' yang mempromosikan pekerjaan sambilan secara dalam talian di sebuah laman sesawang.

Iklan
Iklan

"Mesej itu dihantar melalui aplikasi WhatsApp yang disyaki menyasarkan mangsa dalam kalangan warga emas," katanya.

Ramli berkata, secara keseluruhan sejumlah 19 laporan polis telah diterima di seluruh Malaysia berkaitan laman sesawang terbabit melibatkan nilai kerugian RM688,099.

Iklan

"Daripada 19 laporan polis yang diterima setakat ini, tiga daripada mangsa adalah dalam kategori warga emas.

"Ia sekali gus menunjukkan warga emas merupakan sasaran yang lebih 'berkualiti' berbanding kategori mangsa lain," katanya.

Iklan

Beliau berkata, sindiket penipuan itu menggunakan platform Instagram dan Facebook untuk mengiklankan tawaran pekerjaan sambilan selaku agen tempahan hotel.

"Mangsa yang berminat akan diminta membuka akaun di laman sesawang terbabit dan menyelesaikan tugasan tempahan hotel sebagaimana diarahkan.

"Tempahan perlu dibuat menggunakan wang mangsa terlebih dahulu dengan jaminan ia akan dipulangkan semula berserta komisen," katanya.

Menurutnya, mangsa dijanjikan komisen sebanyak 0.6 peratus hingga 10 peratus bergantung kepada tugasan yang diselesaikan.

"Melalui laman sesawang terbabit, mangsa akan dapat melihat wang komisen mereka meningkat, namun apabila ingin mengeluarkan wang keuntungan, sindiket akan mengarahkan mangsa membuat pelbagai bayaran tambahan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Ramli berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya agar tidak menjadi mangsa kepada kegiatan penipuan sebegini.

"Hubungi National Scam Response Center di talian 997 untuk sebarang aduan dan nasihat berkenaan jenayah penipuan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!