KWSP komited sokong transformasi rangka kerja persaraan - CEO

Iklan
Banyak penambahbaikan perlu dilakukan untuk menangani isu dan cabaran penuaan dan persaraan, terutamanya dalam memastikan jaminan pendapatan persaraan. (Gambar kecil: Ahmad Zulqarnain Onn)

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) komited dalam menyokong transformasi rangka kerja sistem persaraan bagi memastikan keterangkuman dan jaminan untuk semua.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, banyak penambahbaikan perlu dilakukan untuk menangani isu dan cabaran penuaan dan persaraan, terutamanya dalam memastikan jaminan pendapatan persaraan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dana persaraan itu diminta melaksanakan pelbagai fungsi, seperti menambah baik skop perlindungan, memastikan kecukupan pendapatan persaraan yang lebih tinggi serta mengurus peraturan dan syarat yang kompleks.

"Dan tidak dapat dielakkan, pelbagai jenis skim yang perlu kita laksanakan untuk menangani fenomena ini,” katanya dalam ucapan penutupnya pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2024 (ISWC 2024) hari ini.

Iklan

Ahmad Zulqarnain berkata, fenomena penuaan global pada masa ini wujud berikutan jangka hayat yang lebih lama dan penurunan kadar kesuburan.

"Malaysia pula dijangka menjadi negara tua menjelang 2043 dan negara super tua menjelang 2057,” katanya.

Iklan

Justeru, Ahmad Zulqarnain berkata, persidangan itu membincangkan kesan populasi menua terhadap produktiviti dan ekonomi, di samping meneroka dasar dan infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong warga emas.

ISWC 2024 diadakan pada 4 hingga 5 Jun, dengan tema ‘Penuaan dan Lanjut Usia: Ke Arah Persaraan Bermakna’, dan membincangkan cara menangani isu-isu yang membentuk penuaan dan persaraan, dengan tumpuan kepada jaminan pendapatan untuk warga emas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!