Koperasi premier disaran terajui penggunaan teknologi AI

Iklan
Ewon ketika ditemui selepa Majlis Makan Malam sempena Persidangan Kredit dan Perbankan Asia dan Pasifik 2024 di sebuah hotel di ibu negara pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Koperasi Premier disaran membangunkan komponen digital terutama penggunaaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengoperasian dan perkhidmatan mereka.

Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, koperasi kategori berkenaan dilihat mampu menjadi contoh sekali gus menerajui inovasi digital seiring Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030.

Iklan
Iklan

"Mereka ada kapasiti (bangunkan AI) dan berupaya untuk membina komponen inovasi dalam pengoperasian," katanya ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam sempena Persidangan Kredit dan Perbankan Asia dan Pasifik 2024 pada Rabu.

Dalam pada itu, ditanya sama ada kementerian meletakkan garis masa kepada 10 koperasi berstatus premier untuk membangunkan inovasi AI dalam pengoperasian, beliau menjelaskan, perkara tersebut seharusnya bermula dari sekarang.

Iklan

Begitupun, Ahli Parlimen Penampang itu berharap usaha berkenaan dapat diselaraskan dengan Program AI untuk Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

"Perancangan itu harus bermula dari sekarang sebab kita sudah lancarkan AI untuk Rakyat dan ia seharusnya menjadi mesej kepada syarikat besar, termasuk koperasi premier.

Iklan

"Saya mahu koperasi di Malaysia mampu memberi penawaran yang sama baik dengan syarikat multinational dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) lain dalam soal komponen inovasi dalam perkhidmatan," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam usaha mempromosikan digitalisasi perkhidmatan koperasi.

"Namun masalah yang dihadapi adalah proses pengadaptasian dan kita akan sentiasa berusaha memberi kesedaran kepada ahli-ahli untuk ke arah digitalisasi," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!