Paris perketat keselamatan semasa lawatan Biden acara ulang tahun D-Day

Iklan
Joe Biden tiba di Pangkalan Tentera Udara Andrews pada 4 Jun 2024 untuk menaiki Air Force One ke Perancis bagi meraikan ulang tahun ke-80 D-Day. Foto AP

MOSCOW - Paris akan mengetatkan langkah keselamatan sepanjang beberapa hari akan datang berikutan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden ke negara itu sempena ulang tahun ke-80 pendaratan D-Day tentera Berikat, kata prefektur polis Paris pada Rabu, lapor Sputnik.

Sebelum itu, pada hari ini, pesawat Biden mendarat di Lapangan Terbang Orly berhampiran Paris, menyaksikan Presiden AS itu disambut oleh Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal.

Iklan
Iklan

Biden akan menyertai acara memperingati ulang tahun ke-80 Pendaratan Normandy dan mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk membincangkan isu Ukraine, situasi di Timur Tengah dan isu iklim.

"Presiden dan Wanita Pertama Amerika Syarikat akan berada di Perancis dari 5 hingga 9 Jun 2024. Sehubungan itu, langkah-langkah keselamatan telah diambil oleh perkhidmatan prefektur polis," menurut kenyataan berkenaan.

Iklan

Polis membenarkan"penggambaran, rakaman dan penyiaran imej yang dirakam oleh kamera yang dipasang pada pesawat" untuk memastikan keselamatan dan mengelakkan serangan pengganas. Permit ini sah di Paris dari awal pagi 5 Jun sehingga 2 petang (1600GMT) pada 9 Jun, menurut kenyataan itu.

Joe Biden berjalan di sebelah pengawal kehormat Perancis selepas tiba di lapangan terbang Orly, selatan Paris pada Rabu. Foto AP

Permit serupa juga dibenarkan untuk kamera yang dipasang pada helikopter dari 9 pagi hingga 12 tengah malam Rabu ini untuk memastikan keselamatan konvoi kenderaan yang mengiring presiden semasa ketibaan Biden. Permit itu sah untuk seluruh bandar Paris dan jabatan pinggir bandar Val-de-Marne, di mana Lapangan Terbang Orly terletak, menurut kenyataan itu.

Iklan

Selain itu, perimeter keselamatan akan diwujudkan di beberapa daerah di Paris sepanjang lawatan Biden, termasuk sekatan jalan di pusat Paris sehingga Ahad dan di Avenue des Champs-Elysees pada Sabtu dari awal pagi hingga 11 malam, kata prefektur polis.

Mereka yang ingin memasuki bahagian bandar yang disekat perlu menjalani pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa undang-undang, menurut kenyataan itu.

Sementara itu, stesen radio France Bleu melaporkan bahawa sekatan jalan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di pinggir bandar Paris dan di bahagian barat bandar. Lalu lintas kini terhad di kedua-dua arah di beberapa lebuh raya dan di Boulevard Peripherique, menurut laporan itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!