Sepak takraw akan terus berinovasi - ISTAF

Iklan
Malaysia mengungguli kategori regu dan berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 di Stadium Titiwangsa yang berakhir baru-baru ini.

KEJAYAAN pelaksanaan sistem mata baharu dan sekali servis dalam temasya Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 di Stadium Titiwangsa, baru-baru ini memberi impak positif kepada sukan itu.

Malah Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader teruja untuk meningkatkan lagi profil sukan tersebut supaya lebih kompetitif pada masa depan.

Iklan
Iklan

"Kejohanan ini membuktikan keberkesanan sistem 15 mata baharu, dan peraturan servis satu-satu yang memastikan medan permainan sama rata untuk semua negara yang mengambil bahagian.

"Perubahan inovatif ini bukan sahaja meningkatkan daya saing tetapi juga pendekatan yang lebih segar dan dinamik kepada permainan.

Iklan

"Secara tidak langsung pendekatan ini juga menjadikan sukan sepak takraw tidak hanya lebih mendebarkan untuk pemain tetapi juga penonton di stadium mahupun di rumah,” katanya yang turut menghargai sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diterajui Menteri, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim serta pegawai-pegawai kementerian.

Pada masa sama, Abdul Halim yang juga Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) memuji kecemerlangan Malaysia sebagai tuan rumah dalam menganjurkan temasya sukan berkenaan.

Iklan
Abdul Halim

Malah Abdul Halim, menyifatkan kejayaan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) melaksanakan tanggungjawab berjaya menaikakan imej sukan tersebut terutama dengan pengenalan trofi kejuaraan.

"Kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PSM di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Mohd Sumali Reduan atas pencapaian cemerlang sebagai penganjur Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024.

"Selain itu, syabas juga kepada semua negara mengambil bahagian yang menampilkan semangat kesukanan tinggi.

"Kejuaraan ini membuktikan sepak takraw bukan sekadar permainan tetapi juga bukti keberanian, kemahiran dan perpaduan antarabangsa.” katanya.

Pada masa sama Abdul Halim juga memuji tulang belakang kepada kejayaan kejohanan itu iaitu barisan pengadil dan pegawai perlawanan yang telah melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

"Alhamdulillah, seramai 73 pegawai teknikal dan pengadil ISTAF serta ASTAF termasuk 36 pengadil dari Malaysia telah memberikan mutu pengadilan yang berkualiti sepanjang kejohanan apabila tiada berlaku sebarang bantahan atau protes dalam kalangan pasukan,” katanya.

Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 menyaksikan Malaysia muncul juara acara regu dan double manakala Thailand mengungguli kategori berpasukan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!