Wan Ahmad dedah kepincangan dalam SPR pada 2018
Iklan
PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh mestilah seseorang yang mendapat kepercayaan awam, selaras dengan Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, Majlis Raja-raja berhak untuk memilih dan menolak sebarang pencalonan oleh Perdana Menteri sekiranya calon berkenaan dirasakan tidak sesuai, sebelum diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.