Rasuah nikah: Calar imej penjawat awam, institusi agama

Iklan
Penglibatan dalam kegiatan memberi dan menerima rasuah bergantung kepada sikap individu itu sendiri apabila gagal menahan diri daripada melakukan pecah amanah atau memalsukan tuntutan.

ISU rasuah dalam kalangan penjawat awam di negara ini dilihat semakin membimbangkan.

Malah lebih parah, ia turut melibatkan institusi agama dan masjid yang menjadi sandaran umat Islam seluruhnya, secara tidak langsung juga mencalarkan imej golongan berkenaan.

Iklan
Iklan

Terbaharu melibatkan kes penahanan reman tiga individu termasuk pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan imam sebuah masjid di Kangar bagi membantu siasatan berhubung penerimaan suapan lebih RM1 juta dalam pengurusan pendaftaran pernikahan di Perlis sejak April 2022 sehingga Jun 2023.

Dalang dipercayai bekerjasama dengan imam masjid dan anaknya yang bertindak sebagai perunding dalam menguruskan urusan pernikahan di negeri paling Utara tanah air.

Iklan

Bagi setiap permohonan nikah terutama untuk pasangan yang bernikah di Thailand dan mahu mendaftarkannya semula di negara ini, mereka akan berhubung dengan syarikat yang menguruskan pernikahan milik anak imam masjid itu.

Perbuatan tersebut juga tidak mengikut prosedur ditetapkan, malah tidak melalui Mahkamah Syariah.

Iklan

Apabila perkara ini berlaku, timbul tanda tanya adakah gaji golongan penjawat awam masih kecil sehingga ada yang sanggup melakukan perbuatan rasuah.

Adakah beban kewangan dan kos sara hidup yang mendorong mereka untuk mengambil rasuah dan sebagainya.

Namun lebih penting untuk mengingatkan, pernikahan pasangan tempatan di Thailand tidak diiktiraf undang-undang sekiranya tidak didaftarkan dengan jabatan agama di negara ini walaupun pernikahan itu sah di sisi Islam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!