Lima PRK kecuali dua Parlimen
Iklan
TUJUH orang wakil rakyat sudah gugur keahlian Bersatu setelah mereka gagal menarik balik sokongan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Mei.
Akan tetapi, cuma lima pilihan raya kecil (PRK) dijangka berlaku kerana Ahli Parlimen Gua Musang dan Jeli akan terlepas daripada hukuman Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, dalam nama lain, Undang-undang Anti-Lompatan (UAL).