Perancis garang tundukkan Luxembourg

Iklan
Mbappe (kanan) dicabar oleh pemain Luxembourg, Maxime Chanot ketika aksi persahabatan di Metz. Foto EPA

PERANCIS mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Luxembourg dalam perlawanan persahabatan pra-Euro 2024 di Metz pada awal pagi Khamis.

Penyerang Randal Kolo Muani meletakkan Perancis di depan sejurus sebelum rehat apabila menanduk masuk hantaran tepat Kylian Mbappe, sebelum rembatan kencang Jonathan Clauss dari luar kotak penalti menggandakan kelebihan pada minit ke-70.

Iklan
Iklan

Mbappe menambah gol ketiga 15 minit kemudian dengan rembatan rendah untuk gol ke-47 peribadinya untuk Les Bleus.

"(Mbappe) adalah seorang pemain yang hebat sejak dia bersama kami.

Iklan

"Dia melakukan kerja yang baik hari ini. Dia kurang bermain dalam beberapa minggu terakhir, tetapi dia tetap menunjukkan kualitinya.

"Dia telah menjadi contoh yang baik sepanjang minggu," kata pengendali Perancis, Didier Deschamps.

Iklan

Perancis akan menentang Kanada pada Ahad di Bordeaux dalam perlawanan pemanas badan terakhir mereka sebelum Euro 2024 yang akan bermula pada 14 Jun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!