Ejen insurans berputih mata wang simpanan lesap

Iklan
Ejen insurans berputih mata apabila wang simpanannya yang bernilai hampir RM300,000 lesap akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan. Foto hiasan

MUAR – Seorang ejen insurans berputih mata apabila wang simpanannya yang bernilai hampir RM300,000 lesap akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pada mulanya, wanita warga tempatan berusia 42 tahun itu telah dihubungi oleh seorang individu yang menjanjikan kerja sambilan yang boleh memperoleh keuntungan berlipat kali ganda.

Iklan
Iklan

Raiz Mukhliz berkata, bagaimanapun suspek meminta mangsa untuk membuka akaun dalam aplikasi Sands dan perlu membuat tangkap layar (screenshot) sebagai bukti kerja sambilan tersebut telah dilaksanakan.

"Suspek juga meminta wanita berkenaan membuat pembayaran terlebih dahulu jika ingin mengeluarkan keuntungan yang diperoleh," katanya.

Iklan

Menurutnya, kerana tertarik dengan tawaran kerja berkenaan mangsa telah membuat beberapa transaksi berjumlah RM283,225 ke dua akaun yang didaftarkan atas nama syarikat yang berlainan bagi mengeluarkan keuntungan seperti yang dijanjikan individu terbabit.

"Setelah membuat transaksi tersebut, mangsa diminta sekali lagi untuk membuat pembayaran tetapi mangsa enggan sebelum membuat laporan polis setelah menyedari dirinya tertipu dengan tawaran kerja tersebut,” katanya.

Iklan

Katanya, sehingga laporan polis dibuat, mangsa masih tidak menerima apa-apa keuntungan seperti yang telah dijanjikan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.