Ancaman bom palsu: Polis akan rakam keterangan Menteri MOTAC

Iklan
Laporan Sinar Harian.

PUTRAJAYA - Polis akan merakam keterangan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing bagi membantu siasatan berkaitan ancaman bom palsu pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya juga telah merakam keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Keterangan saksi-saksi telah diambil dan kita akan merekod keterangan Menteri (King Sing) dijangka tengah hari ini," katanya ringkas ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan polis mengesahkan bungkusan yang dialamatkan kepada menteri berkenaan adalah sebagai ancaman bom palsu.

Iklan

Asmadi berkata, ia selepas Unit Pemusnah Bom menjalankan pemeriksaan menggunakan dua ekor anjing pengesan dan teknologi untuk mengesahkan perkara tersebut.

Dilaporkan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, bungkusan berisi bahan letupan menyerupai bom itu dihantar menerusi syarikat kurier pada jam 11.19 pagi Rabu.

Iklan

Bungkusan tersebut diambil dan dibawa naik ke tingkat 14 pada jam 2.45 petang dan apabila dibuka didapati ia diletakkan bersama paip polyvinyl chloride (PVC), wayar dan 'timer'.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Letupan dan Bahan Api 1957.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!