Tujuh pengawal keselamatan warga asing 'kantoi' guna MyKad individu lain

Iklan
Tujuh pengawal keselamatan warga asing ditahan JPN dalam Ops Pengawal Keselamatan di sekitar Puchong, Selangor pada Rabu. Foto JPN.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan tujuh pengawal keselamatan warga asing kerana memiliki MyKad individu lain dan kad pengenalan palsu.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa JPN dalam satu kenyataan berkata, kesemua individu tersebut ditahan dalam Ops Pengawal Keselamatan di sekitar Puchong, Selangor pada Rabu.

Iklan
Iklan

Katanya, serbuan tersebut dilaksanakan JPN susulan risikan selama dua minggu bagi mengesan kumpulan pengawal keselamatan yang melakukan sebarang kesalahan dikenakan hukuman.

"Dalam operasi ini, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya berjaya menahan tujuh orang terdiri daripada enam orang lelaki dan seorang wanita.

Iklan

"Kesemua suspek disyaki bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan menggunakan kad pengenalan palsu dan MyKad orang lain sebagai identiti mereka," kata kenyataan itu pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, kesemua suspek yang merupakan warga Filipina berusia 36 hingga 62 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Iklan

Jelasnya, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!