Lelaki tampal bendera Israel di restoran makanan segera didenda RM100

Iklan
Tariq Hazim (kiri) didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis berhubung kes meletakkan pelekat bendera Israel, di restoran makanan segera, minggu lalu.

KAJANG -"Saya tampal bendera Israel di kedai makanan segera itu sebab saya marah, selepas ada keluarga saya meninggal dunia di Palestin,” kata seorang lelaki yang didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Pekerja sambilan sewa kereta, Tariq Hazim Mohd Yusri, 25, dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Nurul Hafzan Ab Aziz.

Iklan
Iklan

Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara selama sehari, jika gagal membayar denda berkenaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret menasihati tertuduh supaya memikirkan akibat perbuatan yang dilakukannya.

Iklan

"Kalau kamu buat begitu, adakah ia akan menjadi keadaan yang lebih baik,” kata Nurul Hafzan.

Mengikut pertuduhan, dia yang memakai baju kemeja didakwa meletakkan pelekat bendera Israel, yang mana keamanan pekerjanya mungkin terganggu, di restoran berkenaan di Batu 10, Jalan Hulu Langat di sini pada jam 4.42 petang, 29 Mei lalu.

Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, semasa seorang pengadu wanita yang sedang bekerja di sebuah restoran makanan segera di sebuah stesen minyak di Hulu Langat hendak ke tandas, dia menyedari terdapat pelekat Israel ditampal pada lantai, kaki lima dan pintu masuk hadapan premis berkenaan.

Wanita itu kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada pengurusnya dan hasil pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh melakukan kesalahan berkenaan lalu beredar dengan menaiki sebuah kereta.

Semasa prosiding, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabilla Rosli yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya diberi hukuman minimum dengan alasan, tertuduh mengaku kesal dengan perbuatan tersebut.

"Dia insaf dan perlu menyara isteri yang juga seorang suri rumah termasuk mentuanya yang juga seorang ibu tunggal.

"Ibunya juga mempunyai penyakit gaut sementara bapanya mempunyai penyakit jantung," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam agar dia tidak mengulangi kesalahan sama di masa depan.berkenaan

Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, seorang lelaki akan dituduh di mahkamah, berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, terdapat dua kes yang disiasat ia dirujuk untuk mendapatkan arahan tuduh daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Sementara itu, polis Selangor menerima tujuh laporan kes restoran makanan segera dicoteng dan ditulis dengan perkataan jelik di negeri itu bagi tempoh 28 Mei hingga semalam, dipercayai sebagai tanda boikot berhubung isu Palestin-Israel.

Menurutnya, empat kes berlaku di Sungai Buloh, dua di Kajang dan satu di Petaling Jaya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!