Jay Jay selamat jalani pembedahan pintasan jantung

Iklan
Rozita (tiga dari kanan) bersama ahli keluarga dan kenalan Jay Jay melawat penyanyi versatil itu di IJN. Foto ihsan Rozita Rohaizad

KUALA LUMPUR - Penyanyi versatil era 1970-an, Jay Jay yang menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) kerana masalah jantung tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) akan dipindahkan ke pusat rehabilitasi.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ahli Jawatankuasa Karyawan (AJK) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Rozita Rohaizad kepada Astro Awani.

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan isteri Jay Jay, Zaiton, bahawa Jay Jay mengalami acute stroke. Ini menyebabkan bahagian kanan badan termasuk tangan dan kaki tidak boleh bergerak dan angkat seperti biasa.

"Sudah lebih seminggu Jay Jay di IJN. Insya-ALLAH, Jay Jay akan dipindahkan ke pusat rehabilitasi minggu ini.

Iklan

"Ini bagi menjalani proses rawatan terapi fisio kerana bahagian kanan badan Jay Jay masih lemah selepas operasi pembedahan,” katanya ringkas.

Penyanyi berusia 66 tahun itu menjalani pembedahan pintasan jantung kerana masalah jantung tersumbat di IJN pada 23 Mei lalu.

Iklan

Terdahulu, penyanyi nasyid yang juga penggiat industri seni, Cheb Ali Masrawi berkongsi berita mengenai keadaan Jay Jay, atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, yang dirawat di IJN kerana penyakit jantung, di aplikasi TikTok miliknya baru-baru ini.

Antara lagu popular Jay Jay adalah Rindu Bayangan dan Joget Angan Tak Sudah. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!