KPKT ambil tindakan tegas sewa rumah PPR kepada PATI

Iklan
Kor Ming

IPOH - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dikesan memberi sewa kediaman mereka kepada orang lain terutama pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, tindakan pemilik rumah tersebut didapati telah melanggar syarat penyewaan dalam Kontrak Perjanjian Penyewaan Rumah PPR.

Iklan
Iklan

"Kita mengesan ramai pemilik rumah PPR ini menyewakan unit kediaman mereka kepada pekerja-pekerja asing dan PATI.

"Saya hendak beri teguran, kementerian kita akan menguatkuasakan undang-undang dan akan melakukan operasi secara besar-besaran tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jalan Utama Bandar Seri Botani di sini pada Khamis.

Iklan

Tambah Kor Ming, pihaknya berasa kesal dengan sikap pemilik PPR yang cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari harga sewa asal.

Menurut beliau, kerajaan memberi subsidi tinggi dalam pembinaan rumah PPR yang mana pemilik menikmati subsidi lebih RM200,000 dengan membayar lebih RM45,000 bagi setiap unit rumah.

Iklan

"Mereka memohon rumah ini dengan alasan tiada tempat tinggal, apabila sudah dapat tidak mahu duduk malah disewakan pula pada orang lain.

"Jika keadaan ini berterusan sehingga hari kiamat pun masalah kekurangan rumah tidak mampu diselesaikan," katanya.

Beliau berharap semua pemilik kediaman PPR perlu bertanggungjawab dan wajib mematuhi syarat-syarat dalam kontrak penyewaan yang telah dipersetujui.