'Kami main teruk hari ini'

Iklan
Aaron (kiri) dan Wooi Yik kalah kepada beregu Taiwan dalam saingan pusingan kedua Terbuka Indonesia di Jakarta pada Khamis.

BEREGU lelaki negara, Aaron-Chia-Soh Wooi Yik menerima tamparan hebat menjelang 50 hari menuju Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan apabila ditunjukkan jalan keluar dalam saingan pusingan kedua Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Pasangan Olimpik itu yang menghuni ranking kelima dunia menjadi antara sandaran buat negara untuk meraih podium di Paris kalah straight set kepada gandingan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han, yang berstatus 25 dunia, 16-21, 14-21 dalam masa 38 minit pada kejohanan Super 1000 itu.

Iklan
Iklan

Aaron mengakui gagal memperagakan aksi terbaik untuk menandingi lawan yang berada dalam kedudukan konsisten untuk menang.

"Aksi teruk hari ini (Khamis) dan kurang keyakinan. Engan menyalahkan keadaan (berangin) gelanggang kerana ia tidak memberi kesan kepada permainan mereka," katanya.

Iklan

Pada Terbuka Singapura Super 750 sebelum ini Aaron-Wooi Yik kalah kepada pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen straight set 10-21, 14-21.

Aaron-Wooi Yik sebelum itu tumpas di tangan pasangan ke-34 dunia dari Korea Selatan, Jin Yong-Na Sung Seung 21-11, 19-21, 19-21 di suku akhir Malaysia Masters Super bulan lalu.

Iklan

Enggan menoleh ke belakang, Aaron mahu memberi fokus kepada persiapan ke Paris yang berbaki beberapa minggu lagi.

"Fokus kepada Olimpik, perbaiki kelemahan dan cuba yang terbaik," katanya.

Wooi Yik pula optimis peluang mereka pada temasya tersebut dengan bertekad untuk bangkit lebih bersemangat.

"Tekad kembali lebih kuat selepas ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!