Azlee Senario rebah, dikejarkan ke IJN

Iklan
Perkongsian yang dibuat menerusi Instagram Ropie.

PELAWAK, pelakon yang juga anggota kumpulan Senario, Azlee dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas rebah di rumahnya malam tadi.

Berita duka itu tersebut dikongsikan oleh rakan artis iaitu Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin di Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran tersebut, Ropie memuat naik tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp beserta foto Azlee sedang menerima rawatan.

"Marilah bersama kita mendoakan semoga teman kita, Azlee senario diberikan sepenuh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya," kongsinya.

Iklan

Difahamkan, Azlee berpeluh-peluh di rumahnya malam tadi, sebelum rebah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh. Bagaimanapun bintang berusia 57 tahun itu kemudiannya dirujuk ke IJN.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!