Potong bekalan elektrik premis tawar judi haram

Iklan
Bahrin (kanan), memerhatikan kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik yang dilakukan oleh petugas TNB. Foto Ihsan IPD Kluang

KLUANG - Sebanyak lapan premis di sekitar daerah ini dipotong bekalan elektrik kerana menjalankan aktiviti perjudian loteri haram seperti jualan empat nombor ekor di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pemotongan bekalan elektrik ke atas premis-premis yang terlibat dilaksanakan mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

Iklan
Iklan

"Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan persepsi negatif masyarakat setempat," katanya.

Sementara itu, bahrin berkata, hasil daripada operasi yang dijalankan sepanjang Januari hingga Mei 2024, sebanyak 93 kertas siasatan telah dibuka.

Iklan

"Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 58 (62.3 peratus) kertas siasatan telah dituduh dan 35 (37.60 peratus) lagi masih dalam siasatan,” katanya selepas menyaksikan kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik terhadap sebuah premis di Jalan Pala, Taman Suria di sini.

Bahrin berkata, siasatan dan serbuan terhadap premis-premis yang menawarkan perkhidmatan perjudian loteri awam haram akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti perjudian loteri awam haram dikawasan penempatan masing-masing diharapkan dapat menyalurkannya kepada pihak polis agar tindakan selanjutnya dapat dilaksanakan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!