Ops Tiris 3.0: KPDN tumpu penyeludupan barangan subsidi, kawalan

Iklan
Armizan (empat dari kiri) mengadakan rondaan di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Khamis.

TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi tumpuan kepada membanteras aktiviti penyeludupan barangan subsidi RON95 dan kawalan menerusi Ops Tiris 3.0.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, barangan kawalan itu meliputi minyak masak peket, gula putih bertapis, cecair gas LPG dan tepung gandum.

Iklan
Iklan

"Ini merupakan antara penambahbaikan yang kita lakukan bagi memastikan aktiviti penyeludupan barangan subsidi dan kawalan berjaya dikekang," katanya semasa sidang akhbar selepas mengadakan rondaan di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Pengkalan Kubor, di sini pada Khamis.

Hadir sama Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail dan Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie.

Armizan (dua dari kiri) bersama Azman (kiri) turut meninjau Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor, Tumpat pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, pada masa sama KPDN juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bagi mengesan kenderaan yang diubah suai untuk digunakan bagi kegiatan penyeludupan.

Armizan memberitahu, pelbagai barangan subsidi bernilai RM12.46 juta dirampas semasa penguatkuasaan Ops Tiris 3.0 dijalankan di kawasan sempadan negara sejak awal tahun ini.

Iklan

"Rampasan minyak diesel paling banyak dicatatkan iaitu melibatkan RM11.25 juta diikuti minyak masak (RM363,858), petrol RON95 (RM320,0946) dan gula (RM282,577).

"Selain itu, tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM232,209 dan tepung gandum sebanyak RM29,232 turut dirampas sepanjang Ops Tiris 3.0,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!