Pempengaruh Eira Aziera mohon maaf, bayar RM100,000 kes hina fizikal

Iklan
Eira Aziera membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Suharnizan di TikTok.

SHAH ALAM - Pempengaruh, Noomzira Pissal atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera reda apabila terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 dan kos guaman RM30,000 kepada Suharnizan Md Sidek yang menjadi mangsa penghinaan bentuk fizikal pada Ogos 2020.

Dalam hantaran di TikTok, Eira juga memohon maaf secara terbuka kepada Suharnizan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, Eira dah siap cek (bayaran ganti rugi). Hari yang sangat bermakna dan bersejarah bagi saya. Terima kasih kepada ALLAH yang mempermudahkan urusan.

"Di sini, Eira juga nak selitkan permohonan maaf secara terbuka kepada Suharnizan andai ada kata-kata kesat yang kurang menyenangkan dan menyakitkan hati sehingga membuatkan perasaan sedih. Eira susun 10 jari, mohon ampun dan maaf.

Iklan

Pempengaruh itu juga menyatakan ingin mulakan hidup baharu dan meminta orang ramai agar mendoakannya menjadi lebih baik dan istiqamah.

Sinar Harian pada 22 September 2020 melaporkan Suharnizan yang menjadi mangsa penghinaan bentuk fizikal akan menuntut ganti rugi lebih RM2 juta dalam tuntutan saman terhadap Eira.

Iklan
Sinar Harian pada 22 September 2020 melaporkan Suharnizan yang menjadi mangsa penghinaan bentuk fizikal akan menuntut ganti rugi lebih RM2 juta dalam tuntutan saman terhadap Eira.

Ia susulan personaliti media sosial itu membuat satu rakaman video dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Suharnizan dan menyamakan bentuk tubuh individu tersebut dengan haiwan termasuk memaparkan gambar dia dan anaknya sebelum video berkenaan tular.

Susulan tindakan itu, pada 15 September 2020, Suharnizan yang juga Pesuruhjaya Sumpah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!