Anak pinjam along, ibu bapa pula diugut

Iklan
Wong (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat berkaitan kes ugutan along.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri hidup dalam ketakutan selepas diugut along kerana tindakan anak lelakinya tidak membuat bayaran selepas meminjam wang daripada sindiket terbabit.

Pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Wong, 67, berkata, dia menerima ugutan di Facebook daripada individu yang mendakwa anaknya meminjam wang berjumlah RM12,000 dan memintanya membayar kesemua hutang pinjaman tersebut.

Iklan
Iklan

"Anak saya suka berjudi, saya pernah melangsaikan hutang dia dengan along sebanyak RM240,000 kerana takut diugut oleh sindiket terbabit pada 2019," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, pada Khamis.

Wong berkata, dalam kejadian terbaru pada 12 tengah hari Ahad lalu, ada individu memuat naik gambar fitnah di akaun Facebook dengan mendakwa bahawa dia adalah penipu.

Iklan

"Pada hari yang sama jam 9 malam, keluarga ada menerima panggilan telefon daripada along memaklumkan anak sulung saya mempunyai pinjaman sebanyak RM12,000.

"Along itu mengugut akan mengupah gengster untuk mengganggu hidup kami jika tidak melangsaikan hutang berkenaan," katanya.

Iklan

Wong berkata, dia telah membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, pada Isnin lalu kerana bimbang keselamatan keluarganya.

Suri rumah itu berkata, dia menerima panggilan telefon daripada dua individu tidak dikenali pada April lalu yang mendakwa bahawa bekas suaminya membuat pinjaman dan wanita itu perlu melangsaikan pinjaman tersebut.

"Pada mulanya, saya menolak untuk melangsaikan hutang bagi pihak bekas suami dan tidak menghiraukannya, namun pada 2 Jun lalu, saya menerima dua surat yang dimasukkan ke dalam peti surat rumahnya di Johor.

"Surat itu mendakwa bekas suami ada pinjaman dan perlu membuat bayaran segera. Mereka mengugut akan mencederakan ahli keluarga," katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Skudai, Johor.

Dalam perkembangan sama, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima sebanyak 140 aduan kes pinjaman along membabitkan jumlah lebih RM10 juta sejak Januari lalu sehingga Rabu.

"Kita mendapati sindiket along semakin berani, mereka tidak hanya mengugut peminjam tetapi turut mengugut ahli keluarga untuk membayar hutang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!