PELAWAK dan pelakon Azlee Jaafar, atau lebih dikenali sebagai Azlee Senario, berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
Rakan artis yang juga anggota Senario, Yassin, memaklumkan bahawa Azlee berada dalam keadaan baik dan sedang dipantau di IJN.
Yassin juga meminta semua orang mendoakan kesembuhan dan kemudahan urusan untuk Azlee.
Ini berikutan berita Azlee dikejarkan dari Hospital Sungai Buloh ke IJN pada Khamis.
Rakan artis yang juga anggota Senario, Yassin memaklumkan Azlee berada dalam keadaan baik dan dalam pemantauan IJN.
"Alhamdulillah. Abang Azlee dalam keadaan yang stabil dan masih dalam pemantauan di CCU IJN.
"Kepada semua, mohon doakan abang Azlee diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan," tulisnya di Instagram.
Awal hari ini, media melaporkan Azlee dikejarkan dari Hospital Sungai Buloh ke Institut Jantung Negara (IJN).
Berita itu dimaklumkan oleh pelawak, Ropie menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Usaha untuk mendapatkan Azlee dan ahli keluarganya bagi mendapatkan perkembangan terbaharu belum berhasil. - Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!