Terbuka Indonesia: Jun Hao teruskan aksi cemerlang, Aaron- Wooi Yik 'pulang awal'

Iklan
Aksi pemain perseorangan Lelaki Leong Jun Hao ketika menewaskan pemain nombor satu Taiwan Chou Tien Chen pada peringkat pusingan awal Kejohanan Terbuka Indonesia 2024 di Istora Senayan hari ini.

[DIKEMAS KINI] PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao meneruskan aksi cemerlang apabila menewaskan pemain ranking ke-11 dunia, Chou Tien Chen dari Taiwan pada pusingan kedua Terbuka Indonesia 2024 di Jakarta pada Khamis.

Pemain ranking ke-32 itu berdepan cabaran getir sebelum menundukkan Tien Chen 21-18, 13-21, 21-17 dalam tempoh 67 minit di Istora Senayan untuk mengesahkan tiket ke suku akhir.

Iklan
Iklan

Jun Hao yang mengejutkan pemain tuan rumah yang juga pilihan ketiga kejohanan Jonatan Christie pada pusingan pembukaan semalam bakal berdepan juara Sukan Asia Li Shi Feng dari China, esok.

Shi Feng, pemain pilihan keenam kejohanan menewaskan Christo Popov dari Perancis 21-11, 21-13, dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Iklan

Sementara itu beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan saingan di kejohanan berkenaan setelah tewas kepada beregu bukan pilihan Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan 16-21, 14-21.

Bagaimanapun satu lagi pasangan negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun berpeluang membalas kekalahan Aaron-Wooi Yik apabila berdepan Ching Yao-Po Han selepas ini.

Ini setelah beregu itu berjaya menyingkirkan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 21-18, 19-21, 21-12 dalam pertarungan selama 61 minit.

Dalam pada itu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut mara ke suku akhir apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menyingkirkan beregu tuan rumah Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 16-21, 21-16, 21-12.

Sze Fei-Nur Izzuddin akan bertemu sama ada satu lagi beregu tuan rumah Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan atau pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang, esok.- Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan