Dua beregu lelaki raih slot suku akhir di Indonesia

Iklan
Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin menewaskan pasangan Denmark untuk mara ke suku akhir Terbuka Indonesia. Foto Agensi

DUA beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun melangkah bergaya ke saingan suku akhir Terbuka Indonesia di Jakarta sebentar tadi.

Nur Izzuddin-Sze Fei membenam cabaran pasangan tuan rumah, Leo Carnando-Daniel Marthin 16-21, 21-16, 21-12 dalam pertarungan pusingan kedua yang berlangsung di Istora Senayan.

Iklan
Iklan

Menanti pasangan negara dalam aksi suku akhir ialah pemenang antara wakil tuan rumah, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan atau Liang Wei Keng-Wang Chang dari China.

Beregu lelaki negara akan membuat perhitungan dengan pasangan Taiwan dalam aksi suku akhir Terbuka Indonesia di Jakarta pada Jumaat. Foto Agensi

Mengikut jejak sama ialah pasangan nombor 20 dunia, Wei Chong-Kai Wun yang menumbangkan gandingan yang berada di kedudukan ke-15 dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-18, 19-21, 21-12.

Iklan

Gandingan negara bakal membuat perhitungan dengan wakil Taiwan, Lu Chin Yao-Yang Po Han yang menumpaskan pasangan Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik 21-16, 21-14.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!