Agrobank salur RM2.5 bilion pembiayaan untuk usahawan di Sabah

Iklan
Tengku Ahmad Badli Shah (dua dari kiri) ketika kunjungan hormat ke pejabat Menteri Sabah baru-baru ini.

AGROBANK telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM2.5 bilion sejak 2019 hingga 2023 yang memanfaatkan usahawan dalam sektor utama seperti pertanian, perikanan dan penternakan di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, dengan pembiayaan sedia ada, pihaknya akan terus menyokong pembangunan ekonomi di negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pihak kami telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Sabah bagi membincangkan inisiatif dan impak Agrobank dalam memperkukuhkan sektor pertanian di Sabah terutamanya di kawasan luar bandar.

"Antara inisiatif Agrobank untuk komuniti Sabah adalah program pembiayaan kerjasama bank dengan Aqina Borneo Sdn Bhd bagi projek ladang kontrak tanaman nanas MD2 di Beaufort dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM6 juta.

Tengku Ahmad Badli Shah (kanan) ketika kunjungan hormat ke pejabat Menteri Sabah baru-baru ini.

Iklan

Agrobank bekerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Pertanian Negeri, Kementerian Perladangan dan Komoditi, serta Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga.

Kerjasama tersebut bagi mendapatkan prospek pelanggan pembiayaan untuk pelbagai jenis dana di bawah seliaan Agrobank.

Iklan

Mengulas lanjut, Tengku Ahmad Badli Shah berkata, inisiatif tersebut selaras dengan agenda Sabah Maju Jaya yang memfokuskan pertumbuhan ekonomi dalam sektor utama khususnya pertanian.

Tengku Ahmad Badli Shah (tengah) menyerahkan cederahati ketika kunjungan hormat ke pejabat Menteri Sabah baru-baru ini.

"Ia bagi mengoptimumkan sumber dan hasil negara, membangunkan modal insan, memakmurkan masyarakat serta negeri tersebut.

"Selain itu, ia manifestasi mandat kami untuk menyediakan akses perbankan yang inklusif meliputi komuniti di luar bandar dalam usaha mempergiat ekonomi dan menaik taraf hidup di samping membuka peluang pekerjaan kepada lokaliti setempat,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!